Sunday, February 6, 2011

Illuminati dan Anjing-Anjing Mereka Dari Kalangan ArtiS


Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.


Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!


Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.
All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us
'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.
Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me
Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka
Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free
Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari

Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.


Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.



Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992

All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)

Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)

Bintang Lima (2000)

Emblem Theosophy

Berikut saya sertakan video klip Satu dari Dewa 19. Banyak 'subliminal message' di dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.


*Anda boleh klik pada gambar di bawah untuk memperbesarkannya.

Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.


Perhatikan 'One Eye' di atas manusia.Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam dunia Dajal. (NWO)

'Unfinished' Piramid

Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.

One Eye




One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion

Pillar Of Freemason

Formation tangan yang sama dengan Baptomet

Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.

Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)

Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka minda anda, jawapannya ada di situ.

Tubuh Perbadanan Untuk Majukan Kampung Baru, KL?

Tubuh Perbadanan Untuk Majukan Kampung Baru, KL?


Isu mengenai Kampung Baru masih lagi tidak berkesudahan.Terlalu banyak masalah yang timbul dari segi pemilikan tanah, harga dan juga dalam aspek mengekalkan kebudayaan. Menjadi satu-satunya kampung melayu dalam bandar segi tiga emas, menjadikan Kampung Baru kawasan yang sangat strategik untuk dibangunkan.
Dan kali ini, timbul pula usaha untuk mewujudkan perbadanan yang akan menjalankan fungsi seperti memaju, menyelaras dan menyelia pembangunan di Kampung Baru.Berikut di bawah adalah kenyataan dari Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
PUTRAJAYA 1 Feb – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan berusaha memastikan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, yang akan menjalankan fungsi seperti memaju, menyelaras dan menyelia pembangunan di Kampung Baru, diwujudkan pada tahun ini juga.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, untuk tujuan itu, kementerian akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Parlimen pada tahun ini.
“Ia selaras dengan hasrat kerajaan dan para pemilik serta pewaris tanah untuk melihat kawasan penempatan Melayu yang strategik dan bersejarah itu dibangunkan ke tahap maju dan menguntungkan, sesuai dengan kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur,” katanya.
Raja Nong Chik berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih sempena istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Melawati, di sini.
Menteri itu berkata, bacaan kali pertama rang undang-undang itu telah dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat yang lalu.Kawasan Kampung Baru yang berusia 110 tahun meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar dan kini didiami kira-kira 35,000 penduduk.
Tanah kampung baru seluas 90.2 hektar sememangnya sangat-sangat bernilai.Lebih-lebih lagi, berada dalam kawasan segi tiga emas kuala lumpur, menjadikan ianya kawasan panas. Kami tidak menolak pembangunan untuk Kampung Baru, namun sekiranya pemiliknya sendiri tidak mahu, mengapa ianya perlu dipaksa.
Dan kenapa sugguh beriya-iya untuk majukan kawasan kampung baru? Apa yang kami risaukan adalah, motif kerajaan sendiri dalam memajukan kampung baru ini. Sekiranya kemajuan ini dirasai oleh kesemua penduduk kampung baru, ianya bagus, namun sekiranya pemgambilalihan tanah kampung baru ini, diproksi untuk bangsa lain, kami sangat tidak setuju.
Hampir kesemua tanah-tanah di Kuala Lumpur dimiliki sekarang oleh orang bukan Melayu sendiri.Nak salahkan kerajaan 100% juga, tidak boleh. Bangsa melayu sendiri yang sanggup menggadai dan menjual tanah mereka sendiri.Akhirnya, pegangan tanah di kawasan panas itu untuk melayu sudah hampir tiada lagi.
Usianya lebih lama dari Kampung Morten di Melaka. Namun usaha kerajaan Melaka mengindahkan Kampung Morten tersebut wajar dipuji dan dijadikan produk pelancongan. Jatidiri dan kebudayaan melayu dapat dikekalkan.Tidak salah sekiranya ianya diindahkan semula.
Lihat apa yang terjadi di beberapa tempat di bawah:
i) Kawasan penduduk Melayu di Jalan Ampang (lenyap dengan KLCC dan taman-tamannya)
ii) Kawasan penduduk Melayu di Cendana (lenyap dgn bangunan-bangunan )
iii) Kawasan penduduk Melayu di Jalan Raja Laut (lenyap juga dengan bangunan-bangunan)
iv) Kawasan persekitaran tepi-tepi Kampung Baru
v) Pasar Kampung Baru pun dah terbiasa orang panggil Pasar Chow Kit, sebenarnya itulah dia Pasar Kampung Baru… Chow Kit cuma di Jalan Chow Kit itu sahaja…
Kampung Baru perlu dimajukan mengikut acuan sendiri. Tidak semestinya dengan terbinanya bangunan-bangunan pencakar langit baru  boleh diiktiraf atau dikira sebagai satu kemajuan. Maju memang maju tapi kalau orang Melayu setakat boleh tengok saja nak buat apa? Pembangunan di luar kemampuan orang Melayu itu untuk siapa sebenarnya?
Kalau setakat nak bangunkan kampung Baru, tapi menghakis pegangan tanah orang melayu sendiri sebanyak 40% untuk orang bukan melayu, itu memamg kami tidak setuju. Bagi 100%! Apa yang hendak diberi lagi? Berapa banyak lagi nak bagi? Sudah-sudahlah.
Apa pandangan anda mengenai isu ini?

Thursday, February 3, 2011

KERJA

Dear job seekers,
 
Kindly be informed that there are a few job vacancies currently for new coming projects in MMHE e.g. FPSO Chendor, Malikkai, WD Kent etc.
 
If your're interested to apply a job, please feel free to submit your updated resume to my e-mail address: inspbmark@yahoo.com as soon as possible.
 
There are a few vacant positions which we need urgently as follows:-
 
1) Structural Draughtsman - RNZ Integrated Sdn Bhd, KL
2) Planning Engineer - Kencana HL Sdn Bhd, Lumut
3) Process Engineer - SDE Sdn Bhd, Pasir Gudang
4) Structural Engineer - SDE Sdn Bhd, Pasir Gudang
5) Geologist - SDE, Pasir Gudang
6) Senior Quantity Surveyor - MMHE, Pasir Gudang
7) Document Control Clerk - MMHE, Pasir Gudang
 
Looking forward for your favourable reply. Your prompt action is really appreciated. Thank you.
 
Regards,
 
HARYANI
Agensi Pekerjaan Inspired Benchmark
Johor Bahru
012-7940933

BANTULAH ADIK INI

Bantuan D Perlukan!! Kasihani Adik Ini.
(bloggers-mtk tolong siarkan berita dbawah di blog anda,tuhan saja yg membalas jasa kalian..)
assalamualaikum..
dapat dari sini, sekadar berkongsi penderitaan adik Muhamad Hairuman Bin Miskan yang terkena renjatan elektrik. semoga Allah menyenangkan segala urusan adik yang malang ni n d harap korang sudi la hulurkan bantuan tuk membantu adik ni. berikut adelah sms yang telah d hantar oleh kakak mangsa kepada aku tentang ape yang terjadi pada adik dier. aku try tanya apa yang terjadi, nak kan kepastian sama ada betul atao tak kisah yang menimpa adik dier ni. wallahualam. gambar n list of conversation aku dgn akak tu ade kat bawah neh. huhu.
aku;
salam. ni no tepon puan maryuni ke?
puan maryuni;
salam. boleh tanya, sape ye kat sana?
aku;
sy  sy ad terbaca kisah adik akak yg melecur teruk tu. leh sy tao, bila benda tu berlaku n bape jumpah yg d perlukan tuk surgey. sy nk tolong sebarkan tuk bantuan.
puan maryuni;
adik kena renjatan sub station tnb bervoltan tinggi pd 26.11.10, kiranya dah sbln lebih. surgey nursing care byk diperlukan dlm keadaan kritikal skrg ni, lebih kurang 14ribu sbln. kalau dah stabil nanti mungkin kuranglah sikit. skrg kritikal lg. doc mendesak nak potong kedua2 tgnnya sampai bwh lengan, akak tarik masa ikhtiar dulu, adik akak muda lg baru nak masuk 22thn, takkan nak kudung tgn.
aku;
yela kak. kta ikhtiar ap yg patut. moga Allah dapat meringankan beban akak. leh bg no acc bank akak? sy nk post pasal kisah adik akak d blog n fesbuk sy.
puan maryuni;
t.kasih ats keprihatinan saudara. smoga Allah memberkan rahmat pd kita semua. no akaun akak maybank. Maryuni bt Miskon 1620 3063 2448.
aku;
insyaallah. kak, confirm ke no acc yang akak bg ni coz ad insan yang mao menderma mengatakan yg no acc akak xdpt nk transfer. cba akak check blk.
puan maryuni;
betul. tu no akaun akak. mbb 1620 3063 2448. mgkin masalah teknikal kt maybank2u kot.
aku;
okla kalo camtu. kak, boleh sy tao. cmne adik akak kna renjatan kat sub station TNB? bukan ke tu kawasan larangan?
puan maryuni;
nanti saudara tuluslah minta yg baca tulisan saudara agar dpt doakan adik saya, manalah tau berkat doa orang ramai, ada keajaiban agar dua2 tgn adik saya tak jd dipotong. dan cepat sembuh seluruh bdnnya spt sediakala.
aku;
insyaallah kak. tapi boleh akak bagitau cite yang sebenar? sebab melalui apa yg sy bca kat internet, adik akak kna renjatan dari high powered cable yg tiba2 jatuh menghempap adik akak. tapi akak ckp adik akak kna renjatan kat sub station tnb.
puan maryuni;
kabel tnb tu merentangi kwsn kebun sawit dan kwsn kg. kabel tu dah berpuluh tahun tp tnb tak balut pun dgn penebat. adik akak tlg kwnnya bersihkan kebut sawit pakcik kwnnya. kabel tu melendut kt celah2 pokok pisang dan sawit, pg tu cuaca basah, sbb mlm sblm kjadian tu hujan. tiba2 adik sy kena renjatan. baju hangus terbakar.
aku;
oo. yeke? insyaallah sy cuba bantu mana yg terdaya. bantuan yg akak perlukan berjumlah 14ribu je ke? atao lebih dr tu?
puan maryuni;
14ribu utk sbln utk nursing care, utk dressing dia setiap hari, bermula dr suppliment, sampailah pampers dia. berlarutan sampai dia melepasi keadaan kritikal. mgkin setahun dia terlantar.
aku;
oh. ok. boley mntak no tepon doc yg merawat dier tak?
puan maryuni;
3000kw kabel tu. kes org lain yg kena meninggal, tp alhamdulillah adik akak slmt sbb dia tak kait wayar tu sebaliknya galah s/steel tu tercecah pelepah sawit yg ddk ats wayar. tak kena direct.
aku;
oo. ok. nanti sy cba bantu mana yg terdaya k. akak bersabarla dgn dugaan yg Allah berikan ni.
puan maryuni;
nanti akak tanyakan. yg merawat ramai. hsptl kerajaan, mana nak bg no peribadi.
aku;
smoga Allah meringankan beban yg akak tanggung n ad pihak yg sudi meringankan penderitaan akak. insyaallah.
puan maryuni;
insyaallah. segala ehsan dan sokongan akan memberi kehidupan dan harapan baru kpd hairuman sekeluarga. kiranya dpt sdra beri alamat email utk kami kirimkan maklumat.
aku;
akak leh kirimkan sgala maklumat ke email sy. n kalo leh, bg gambar adik akak yg latest.
puan maryuni;
ok. dah ada masa lapang aka antarkan. tq
aku;
ok sma2. kita saudara seislam. sy bantu mana yg terdaya.
puan maryuni;
alhamdulillah.
lastest sms yang aku ata kat akak tu tadi kul 12.40,
aku;
kak. blet sy tao. npe akak xreport je kt TNB n wat report polis? kes serius ni.
puan maryuni;
report polis da buat pd 26.11.10, hari kejadian. polis pun ada tgk lokasi kejadian. tnb pun begitu, tp takde respon lg.
tu je la yang aku borak dengan akak tu. akak kepada mangsa renjatan kabel elektrik tnb. meh tengok lagi gambar-gambar adik hairuman neh.
korang leh menderma seikhlas hati ke;
no acc maybank puan maryuni bt miskon, 
1620 3063 2448
 
no acc cimb puan maryuni bt miskon
, 
1257 0000 2035 29
no tepon puan maryuni,
018- 3807867
alamat puan maryuni,
Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.
semoga Allah membantu meringankan penderitaan adik hairuman. tolong sebar n dermala seikhlas hati. kalo RM14,000 sebulan d perlukan tuk merawat adik hairuman ni, anggaran dalam RM170,000 d perlukan dalam setahun untuk memastikan adik hairuman pulih seperti sedia kala. tu tak termasuk perbelanjaan tuk kegunaan harian. tu cuma anggaran treatment cost adik hairuman. kemungkinan memerlukan lebih dari jumlah tu.
ORIGINAL MESSAGE DARI SITE YANG POST PASAL ADIK HAIRUMAN NI
TOLONGLAH BANTU ADIK INI
Assalamualaikum
Aku sekadar ingin berkongsi penderitaan yang dialami oleh insan malang ni. Diharapkan agar ada di antara pembaca/bloggers yang bersimpati dan sudi membantu menghulurkan sumbangan. Hari ni hari dia, hari kita belum pasti apa yang bakal terjadi. Semoga adik ini sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah ini..
Aku tempekkan apa yang telah di-tag oleh kawan aku kat fb.. Sebar-sebarkanlah sambil menderma..
Diambil dari forum.  
Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.
Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapanDi sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.