Sunday, January 30, 2011

ADS4BUCKS bole buat DUIT???

 

ADS4BUCKS adalah sebuah Portal Periklanan dan Program Affiliat yang memberi anda kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan anda. Objectifnya ialah untuk menjadikan Portal ini sebagai sebuah portal periklanan yang paling popular di DUNIA agar pelanggan dapat menjual produk dan perkhidmatan dengan efektif.


Menjadi persaing kepada Yahoo! Google! YouTube! Amazon.com! Facebook!

Dengan konsep afiliat 100% online ini kami yakin matlamat Ads4Bucks akan tercapai.
Ruang iklan Ads4Bucks serta online tools kami, akan membantu anda untuk menjana pendapatan berterusan yang konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang.
Anda boleh mengiklankan produk serta perkhidmatan anda walau pun anda tidak lagi menjadi Agen komuniti Ads4Bucks. Pihak kami akan memastikan portal ini popular dan mendapat hits yang tinggi seterusnya menjadikan kita semua sebuah komuniti perniagaan yang berjaya.
Di samping itu juga, berbagai aktiviti, promosi, peraduan dan lain-lain telah dirancang. Semua ini akan meningkatkan populariti Ads4Bucks sebagai “The Ultimate Address”.

Perancangan Masa Hadapan:
Ads4Tv – Internet TV
Ads4Cafe
Ads4Bucks HyperMarket
Ads4Bucks merupakan suatu portal jual beli serta pengiklanan terkini di Malaysia yang menawarkan peluang untuk anda mengembangkan perniagaan anda melalui Internet.
Industri pengiklanan di Malaysia adalah suatu industri yang amat besar nilainya. Di zaman teknologi maklumat ini, kita tidak dapat menafikan bahawa untuk mengembangkan sesuatu perniagaan, kita memerlukan strategi pemasaran yang berkesan.

Ads4Bucks memberi anda kemudahan ini !

Soal nak buat duit, ianya bergantung kepada daya usaha kita... Mana ada perniagaan tidak dapat duit ! Cuma cara kita melakukan perniagaan itulah yang menentu tahap kejayaan yang boleh kita capai. Ada yang melakukan secara sambilan, maka hasilnya pun sambilanlah ! Bagi saya, saya melakukannya sambilan dulu dan kemudian baru serius untuk membina kerjaya jangka panjang...
Insya Allah hasilnya pun berpanjangan. Yang bagusnya, pihak ADS4BUCKS sendiri banyak membantu dalam menangani selok-belok perniagaan ini terutamanya dari segi latihan yang berterusan dan sokongan promosi yang berpanjangan. Maka tidak hairanlah kenapa ramai yang telah berjaya di ADS4BUCKS yang mana semua mereka ini bermula dengan kosong dan latarbelakang pendidikan yang berbagai-bagai... bahkan orang yang tidak sekolah pun boleh menikmati kejayaan.
Jadi, bukan soalnya betul atau tidak ADS4BUCKS ni boleh buat duit... tapi mahukah anda menambahkan duit anda bersama ADS4BUCKS ? Yang pasti, segalanya terletak di tangan anda.

Saya tak ada modal ??

Emm... Inilah persoalan yang selalu ditimbulkan apabila bebicara tentang bisnes, terutamanya orang kita kaum bumiputra.
Sebenarnya modal yang paling besar diperlukan ialah keinginan dan kemahuan yang kuat. Modal sedia ada kita ialah otak kita, anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini jika kita gunakan maka ia boleh membawa kita ke tahap tertinggi di dunia.
Secara ringkasnya, untuk menyetai ADS4BUCKS bayarannya hanyalah RM420.00 sahaja seumur hidup. Lagipun berbanding perniagaan konvensional, anda tidak perlu daftar dengan ROB atau ROC dan tidak juga perlu menyewa kedai atau menyediakan premis perniagaan. Cukup buat di rumah sahaja atau di mana-mana anda berada. Sebagaimana yang kita tahu, ada orang yang berniaga dengan modal puluhan ribu ringgit dan membuat pinjaman daripada MARA atau institusi kewangan pun masih ramai yang tak boleh bayar baik hutang bahkan ada yang bankrup terus selepas 4-5 tahun. Tapi di sini, anda tidak perlu buat pinjaman pun bahkan ramai di antara kita mencapai kejayaan hebat lebih daripada mereka yang berniaga dengan modal ratusan ribu ringgit walaupun sudah lebih 20 tahun mereka berniaga.

Dah Terlambat Untuk Sertai ADS4BUCKS
Ramai juga yang merungut sebegini...
Sebenarnya tidak terfikirkah kita bahawa kehidupan kita pada hari ini juga sudah terlambat... ada yang kata dah akhir zaman ! Tetapi masih juga nak meneruskan kehidupan malahan ada yang tak mahu mati lagi. Di dalam ADS4BUCKS ni sebenarnya tidak ada istilah lewat sebab peluang untuk berjaya adalah sama rata dan tidak semestinya yang menyertai dahulu lebih berjaya atau yang masuk kemudian tidak berjaya. Perkara ini sangat jelas kerana saya juga menyertainya sudah begitu lewat iaitu setelah 1 tahun ADS4BUCKS ditubuhkan. Bahkan ada yang masuk dahulu daripada saya pun ada yang tidak berjaya langsung.
Soalnya di sini, bukan awal atau kemudian penentu kejayaan tetapi cara kita berusaha adalah penentunya. Bahkan telah terbukti kehidupan di dunia ini bahawa umat terkemudian lebih untung dari yang terdahulu... yang mana zaman dulu-dulu mana ada kapalterbang ! Begitu jugalah dunia ADS4BUCKS.
Tuhan menyediakan rezeki sangat banyak... dulu-dulu saya nak makan ayam sebulan sekali pun susah, padahal masa tu orang tak ramai dan ayam pun tak banyak. Hari ini walaupun makan ayam hari-hari pun masih berlebihan ayam tu. Sedangkan orang semakin ramai.. patutnya lagi tak cukup ayam tu kan ? Tapi itulah kurniaan Tuhan bahawa rezekiNya tidak akan habis untuk manusia tetapi manusia itu sendiri yang tidak mahu berusaha mendapatkan rezeki yang tersedia itu.

Buat ADS4BUCKS menguntungkan orang atasan sahaja !
Betul... siapa orang atasan itu ?
Sebenarnya di dalam dunia ini, apa sahaja yang kita buat pasti ada pihak yang untung...
Tapi ini bukanlah bermakna kita tidak untung ! Kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi orang yang berada di atas. Tetapi di ADS4BUCKS, sistem kita begitu adil dan saksama yang mana jika kita kerja bersungguh-sungguh, suatu hari kita dapat mengatasi pendapatan orang atas (upline/intruducer) tadi. Jadi, jika boleh janganlah fikir sangat perkara ini sebabnya kadang-kadang yang atas itu adalah kawan atau saudara kita. Kenapa dengki sangat sampai tak nak bagi mereka untung sedikit dan akhirnya kita untung banyak. Makan gaji pun yang atas juga untung... tapi sanggup pulak kita pergi pagi balik petang ! Bagi orang Islamlah... jika ada yang berfikiran sebegini saya rasa tak perlulah dia nak sembahyang lagi, nanti Nabi dapat untung.. pergi berjemaah pun tak sesuai nanti Pak Imam dapat untung lebih. Jadi.. jadi nak buat apa ? Susah nak cakaplah di sini... kita matipun ada yang dapat untung tau.. bila tahlil yang hidup tu untung sebab dapat makan free.. Renung dan fikir-fikirkanlah.. !! Jangan marah saya okey !

Lecehlah buat ADS4BUCKS ni....
Saya setuju juga tu nak buat ADS4BUCKS ni memang lecehlah...
Tapi... apakah benda di dunia ni yang tidak leceh ? Jika nak dikira leceh... sebenarnya kita pergi kerja hari-hari tu tak leceh ke ? Jam kat jalanraya pagi petang setiap hari tak leceh ke ? Gaji tak pernah cukup setiap bulan tak leceh ke ?
Bagi sayalah... alang-alang leceh biarlah suatu hari kita berjaya iaitu dapat menikmati kehidupan yang sebenar dan bersara lebih awal daripada yang sepatutnya. Takkan nak jadi hamba kerja sampai ke tua ? Bila masa pula nak menikmati hasil yang dicari selama ini ? Duit pencen dan EPF dapat banyak tapi nak bergaya rambut dah putih, nak makan sedap tak boleh sebab gigi dah tak kuat, nak makan manis dah ada kencing manis, makan daging kan darah tinggi pulak... Alamatnya menyesal sudah tidak berguna lagi... rasa tertekan dan kesal lalu macam-macam penyakit yang datang dan... Anda pun boleh jangka kan apa yang berlaku seterusnya ?
So, biarlah leceh sekejap di ADS4BUCKS daripada leceh selama-lamanya.
Saya sibuk dan tak ada masa...
Memang ramai orang suka berkata begitu dan kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham apa yang mereka kata sebab "saya sibuk dan tak ada masa" sudah menjadi satu klausa kepada mereka yang suka memberi alasan di dalam sesuatu hal atau urusan.
Sebenarnya... apa sangat yang kita sibuk kan?
Ada tak orang yang terlupa nak makan kerana sibuk ? Ada tak orang yang tidak pernah tidur kerana sibuk ? Yang hairannya benda-benda tu tak pernah sibuk pula.... ada kawan saya yang selalu kata sibuk, tapi yang saya tahu dia tak pernah ketinggalan menonton rancangan Gusti di TV3. Jadi di sini sebenarnya bukanlah soal sibuk tetapi tidak KEMAHUAN
Begitu juga ada yang mengatakan tak ada masa. Pelik juga... selama ini masanya pergi ke mana ? Nak berapa jam ? Bukankah manusia yang cipta jam itu, jika anda benar-benar tak cukup masa maka ciptalah jam baru yang terdiri dari 40 jam sehari !
Sebenarnya masa adalah infiniti.. esok masa, lusa masa, tulat masa dan seterusnya....
Kita boleh mengatakan kita tidak ada masa seandainya kita tahu bahawa pukul 4.00 petang besok kita akan mati, maka betullah tak cukup masa. Tapi kalau tak tahu bila akan mati maka mulai hari ini kita berhentilah bercakap bahawa kita tidak ada masa. Pada pendapat saya, masa adalah NYAWA kita...
Saya tidak minat nak buat Network Marketing.
Tidak kurang juga dikalangan manusia hari ini suka menyatakan bahawa mereka tidak minat dengan Net work Marketing . Jika kita hayati, apakah maksud mereka yang sebenarnya. Mungkin mereka ingat ADS4BUCKS ni sendiri sebagai sejenis permainan seperti bolasepak, hoki atau dam haji !!
Sebenarnya ini adalah suatu bidang perusahaan dan perniagaan yang mana ianya merupakan tempat berusaha den mencari pendapatan seperti kita makan gaji atau berniaga di lain-lain bidang. Jika begitu, adakah kita minat dengan kerja kita hari ini ? Contohnya menjadi cikgu kat sekolah. Jika kita minat kerja jadi cikgu maka cubalah jangan ambil gajinya... bolehkah anda terima hakikat ini ? Sebab bagi orang yang minat main bola, mereka tetap bermain walaupun tidak pernah diberi sebarang imbuhan. Sekiranya anda tidak boleh terima hakikat jangan mengambil gaji maksudnya kerja anda selama ini bukan keranan minat tetapi sedarlah bahawa kita melakukannya kerana DUIT !!
Jika begitulah caranya... maka di ADS4BUCKS pun kita tak perlu cakap soal minat lagi tetapi ingatlah bahawa saya menyeru anda menyertai ADS4BUCKS kerana DUIT, sebab di sini... tiada had batasannya bagi anda untuk menambahkan pendapatan anda.

Saya dah masuk tapi upline tak tolong ...
Tahniah kerana dah ditolong untuk masuk ADS4BUCKS.
Ramai juga dikalangan usahawan ADS4BUCKS suka merungut mengatakan upline mereka TAK TOLONG !
Sebenarnya pertolongan apakah yang mereka harapkan atau tolong macam manakah yang mereka harapkan ? Saya sering berjumpa dengan usahawan-usahawan ADS4BUCKS dan berbincang dengan mereka, akhirnya saya dapati masih ramai dikalangan usahawan-usahawan ini yang masih tidak faham dengan konsep Network Marketing. Sebenarnya maksud tolong bagi mereka ialah... dengan menaja orang-orang bawahan sebanyak mungkin untuk mereka . Selain itu mereka juga mengharapkan kita melakukan segala aktiviti berkaitan ADS4BUCKS untuk mereka sedang mereka boleh pergi berjalan-jalan dan menonton TV.
Sebenarnya, itulah sebabnya tidak ramai orang yang berjaya di dalam dunia ni. Jika upline nak kena tolong buat segalanya, buat apa nak taja orang-orang macam ni. Jika seseorang usahawan ADS4BUCKS bersikap sebegini, sebenarnya perjalanannya untuk menuju kejayaan adalah terlalu jauh lagi. Sepatutnya kita cubalah melakukannya sendiri dengan berkerjasama dengan upline dan juga rangkaian kumpulan kita.. jika sesuatu urusan itu boleh kita melakukannya sendiri, kenapa harus meminta pertolongan orang lain ?
Maksud minta tolong adalah setelah kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian lagi maka haruslah kita meminta pertolongan orang lain. Semoga anda boleh bezakan antara pertolongan dan kerjasama.
Bagi saya, konsep tolong yang sebenar di dalam sesuatu perusahaan ialah seperti pepatah
"Mengajar anda untuk menangkap ikan, bukannya mencari ikan untuk anda".
Kerana jika mengajar cari ikan, anda boleh memakan ikan sampai bila-bila walaupun saya dah mati... tetapi jika saya mencari ikan untuk anda, bila saya mati maka andapun tidak boleh makan ikan lagi !

Saya tak ada kawan dan tak pandai cakap...
Kesian ye... masih ada yang tak ada kawan !
Habis selama ini anda tinggal di mana ? Dalam hutan ke ? Tarzan dalam hutan pun masih ada kawan. Tetapi jika anda tidak tinggal dalam hutan, pastilah kawan-kawan anda cukup ramai. Ingatlah balik zaman persekolahan dulu... masa kahwin dulu tak ada yang datang ke ? Itu bukan kawan ke ?
Malah ada juga yang kata tak pandai cakap !
Suatu waktu dulu saya ada bela seekor burung tiong... memang luar biasa, saya mengajarnya dalam masa setahun saja dia dah pandai cakap. Inikan pula manusia... kalau betul-betul anda tak tau cakap, datanglah berjumpa saya dan akan saya ajarkan cara bercakap yang betul.
Semoga, mulai hari ini anda sedarlah betapa ramainya kawan anda dan juga tahu bahawa memang sudah sedia maklum anda memang pandai bercakap. Di ADS4BUCKS ni kita tak perlu sangat orang yang pandai bercakap... tapi untuk berjaya kita perlukan orang yang pandai berkerja dengan baik !!

Saya dah tua...
Apa masalah dengan ketuaan ?
Adakah orang tua tak perlu makan ?
Sebenarnya itu hanya usia yang menentukan berapa lama kita sudah hidup. Hakikatnya, sebagai orang tua, kita juga patut buat ADS4BUCKS... kena cari duit lagi sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Walaupun semuda 20 tahun, tiba-tiba umur 22 dah mati, tak payah cari duit juga. Sebenarnya kita tak tahu bila kita akan mati... sekarang umur dah 50 tahun, jika kita mati pada usia 80 tahun maknanya kita kena cari duit lebih banyak lagi dari yang berusia 20 tahun tadi. Nak buat ADS4BUCKS bukannya kena pikul balak dan panjat bukit, jadi tidak ada kena mengena dengan usia kita. Begitu juga dengan kenalan kita. Untuk buat ADS4BUCKS ni sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kenalan yang ramai. Maka bagi mereka yang sudah 50 tahun hidup, pastilah kenalannya akan lebih ramai daripada remaja yang berusia 20 tahun.
Begitu juga dengan tanggungjawab, sebagai seorang yang dah tua kita juga ada tanggungjawab terhadap anak cucu kita. Usaha ADS4BUCKS ni dapat diwarisi... maka jika kita yang berusia 50 tahun dapat buat sampai 3 suku jalan katalah kita meninggal, maka anak kita sebagai pewaris sambung sedikit saja lagi maka salah seorang anak kita sudah jadi JUTAWAN. Kan sangat bagus macam ni... Ini tidak, ramai dikalangan bangsa kita ni, bila nak mulai hidup semuanya kena mula dengan kosong. Sedangkan bangsa lain, mereka hanya mewawirisi perniagaaan bapa mereka sahaja tetapi bapa kita semuanya nak makan gaji... macammana nak diwarisi lagi. Nasihat saya, tuapun tak apa... asalkan anda boleh jadi orang tua yang terbaik dan paling bertanggungjawab di dunia.

Rasanya saya dah cukup,,, tak perlu buat ADS4BUCKS lagi !
Bagi mereka yang sudah lama berkerja terutamanya pasangan mereka turut berkerja, inilah kata-kata yang popular keluar dari mulut mereka. Kami dah cukup... saya dah cukup !
Adakah ini ucapan ikhlas di hati atau sekadar pemanis bibir menunjukkan kita sudah berjaya ? Atau tak kurang juga sebagai pelunak kata untuk mempertahankan kemalasan diri untuk melibatkan diri dalam network marketing atau senang kata untuk mengelak dari terlibat. Ringkas cerita mereka merasakan ini bukan untuk mereka tetapi untuk kita yang memperkenalkan perniagaan ini kepada mereka. Pelik sungguh... kalau untuk kita, buat apa kita cerita kat dia !
Sebenarnya ramai yang merasakan begitu iaitu DAH CUKUP ! Itu yang mereka rasa... tapi hakikatnya adalah PASTI BELUM CUKUP sebenarnya. Buktinya.. jika orang yang mengatakan itu betul-betul dah cukup, cubalah mulai besok jangan pergi berkerja lagi... macamana ?
Sekiranya besok dan hari-hari seterusnya mereka tak perlu pergi kerja maka syabaslah... mereka betul-betul dah cukup ! Tetapi jika besok dan seterusnya masih kena pergi berkerja kerja kerja... itu sudah jelaslah bahawa mereka masih belum cukup.. dan saya yakin orang sebegini walaupun selepas pencen sekali pun dia tetap kena pergi kerja. Maka fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata...
Lambat sangat untuk jadi Jutawan...
Di ADS4BUCKS, kita tidak pernah pun mengatakan bahawa orang yang menyertainya akan jadi jutawan dengan cepat (Jutawan Segera), kerana ADS4BUCKS bukannya skim cepat kaya...
Tetapi jika anda mengusahakannya dengan tekun dan penuh kesabaran, insyaAllah dalam masa 2 - 5 tahun seseorang itu mampu mencapai taraf Jutawan. ADS4BUCKS ni adalah merupakan tempat kita mengusahakan perniagaan atau kita membina kerjaya... Sama dengan orang pergi kerja setiap hari, cuma yang kita pergi kerja makan gaji setiap hari tu, majikan kita tak pernah pun menjanjikan faedah-faedah seperti di ADS4BUCKS... bahkan tak boleh jadi Jutawan pun tetapi masih ramai yang sanggup pergi pagi balik petang sampai umur mencecah 55 tahun bahkan ada yang nak sambung kerja secara kontrak lagi. Sepatutnya kita lagi sanggup untuk berusaha di ADS4BUCKS berbanding kerja makan gaji.
Sebenarnya kalau 3 tahun boleh jadi jutawan, itu dah kira cukup cepat... Lagi pun ADS4BUCKS telah buktikan, seorang anak muda bergelar Jutawan dilahirkan tak sampai pun 12 bulan.

Kata-kata Mutiara Bijak Pandai..
~Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.
~Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan. Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.
~Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi KAYA.
~Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara. Kita perlu menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua halangan, rintangan dan dugaan. Ilham jarang mengerahkan tindakan tetapi tindakan sentiasa memberi ilham
 
 
WWW.EXCEL-ADS4BUCKS.COM
012-2269367 Syafiq Ali
017-8707269 Jailanee Othman

Saturday, January 29, 2011

Perlu tonjolkan syarikat Malaysia berkelas dunia

Perlu tonjolkan syarikat Malaysia berkelas dunia

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kerajaan berhasrat membantu menonjolkan syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai keupayaan di peringkat antarabangsa.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, langkah itu dibuat berikutan pihak kementerian mendapati negara ini mempunyai ramai bakat dan kepakaran dalam pelbagai bidang, namun kurang ditonjolkan di peringkat antarabangsa.
Katanya, sebagai contoh, dalam bidang minyak dan gas, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) sendiri telah memainkan peranan dengan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi para pemain industri untuk berkembang.
Beliau memberitahu, Petronas seharusnya menggiatkan usaha mengembalikan kejayaan syarikat tempatan yang akan membuktikan kejayaan rancangan kerajaan.
"Kami di kementerian mengalu-alukan syarikat-syarikat tempatan supaya meningkatkan keupayaan dan menggunakan teknologi terkini supaya memberi nilai tambah kepada aktiviti operasi masing-masing dan meningkatkan pendapatan ekonomi kepada kerajaan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran kenderaan bawah air terbaru iaitu kenderaan dalam air berautonomi (AUV - Autonomous Underwater Vehicle) yang dinamakan HUGIN 1,000 di sini hari ini.
Hadir pada majlis ialah Pengerusi OffShore Works Malaysia, Datuk Wahiruddin Abd. Wahid dan Presiden OffShore Works Asia Pacific, Amran Wahid.
OffShore Works merupakan syarikat pertama di Asia dan keempat di dunia yang mempunyai AUV.
Tambah Mukhriz, cabaran kepada syarikat OffShore Works adalah untuk memastikan perkhidmatan AUV tersebut dipromosi secara agresif dan digunakan bukan sahaja di dalam negara, sebaliknya di peringkat antarabangsa.
"Saya amat berbangga setelah diberitahu bahawa bakat tempatan telah dihantar mengikuti program intensif latihan AUV di Norway bagi mengendalikan robot moden tersebut,'' ujarnya.
Mukhriz menambah, PKS yang menggunakan teknologi tinggi boleh bersaing antara satu sama lain berdasarkan merit teknologi.
Bagaimanapun, katanya, syarikat-syarikat terbabit memerlukan modal dan kebolehan pasaran bagi menjayakannya.
"Rayuan saya kepada Petronas adalah untuk segera membantu kerajaan dengan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), lebih-lebih lagi di kalangan bumiputra.
"Malah, saya sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan pihak pegawai atasan Petronas untuk tujuan tersebut,'' kata beliau.
Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Terima kasih kerana masih mengikuti penulisan saya. Perlu diberitahu, tujuan saya menulis siri artikel ini bukanlah untuk menarik orang jadi ejen ads4bucks atau untuk menjual apa apa khidmat saya. Ini hanyalah luahan pendapat dan pengetahuan saya untuk kebaikan kita bersama. Saya hanya nak beri kesedaran dan kongsi sedikit pengalaman. I can assure you that, there is NO INVITATION TO SELL ANYTHING, so no worries, mate!
Berbalik kepada isu asal, mengenai cukupkah gaji kita untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat sekarang, seperti yang disarankan oleh PM, Datuk Najib dan pemimpin lain, KITA PERLU UBAH CARA HIDUP KITA. Dunia berubah, kita juga perlu berubah untuk mengimbangi perubahan di dunia. Jika anda masih enggan hendak berubah, anda mungkin akan menjadi pupus seperti dinosaur dulu.
Jika anda masih enggan berubah, kehidupan anda suatu hari nanti, akan menjadi tertekan dan menjadikan anda TERDESAK! Apa anda sudah terdesak, keimanan dan kewarasan anda akan tergugat dan anda dengan mudahnya akan terjerumus kepada aktiviti aktiviti yang tidak bermoral seperti menjual maruah diri, atau aktiviti yang salah di sisi undang undang seperti menyertai skim cepat kaya.
Akhbar semalam melaporkan pengemis di Alor Setar, aktiviti mengemisnya pun tak cukup nak tampung kos sara hidupnya, sampaikan dia terpaksa menjual maruah diri di hotel hotel murah sekitar Kota Setar.
MENYEDARI APA YANG PERLU DILAKUKAN
Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, FORMULA PERANCANGAN KEWANGAN adalah mudah iaitu
PENDAPATAN (INCOME)
TOLAK - BAYARAN PINJAMAN (LOAN PAYMENT)
TOLAK - PERBELANJAAN (EXPENSES)
----------------------------------------
BERAPA BAKI LEBIHANNYA?
======================
Dari formula di atas, boleh dirumuskan, tindakan anda untuk mengubah kehidupan, perlu difokuskan seperti berikut :-
1. KURANGKAN KOMITMEN PINJAMAN
2. KURANGKAN PERBELANJAAN
3. TAMBAH PENDAPATAN SEDIA-ADA
Kebanyakan tindakan yang selalu kita buat, berpandukan 3 perkara di atas. Sebab itulah, jika anda lihat sekarang, apabila kadar BLR mula naik, orang makin panik kerana menyangka komitmen pinjaman mereka juga akan naik. Ramai mula tertanya tanya adakah refinancing atau property investment, suatu benda yang wajar dilakukan pada masa ini atau tidak? Maklumlah, takut hidup semakin tertekan di kemudian hari jika tak buat tindakan awal.
Sampaikan, peminjam loan islamik pun panik, sedangkan kadar pinjaman mereka tak berubah. Mereka pun tumpang sama panik, kerana duit lebihan mereka semakin berkurangan akibat kenaikan kos sara hidup dan baru sekarang, mereka tersedar kadar pinjaman islamik 7.75% - 8% setahun itu, sangat tinggi rupanya sampai menekan kehidupan mereka.
Penasihat kewangan atau financial planner pula banyak beri nasihat suruh anda kurangkan perbelanjaan. Cut down perbelanjaan yang tak penting dan cut down perbelanjaan yang lebih berupa kepada kehendak/keinginan, berbanding keperluan.
Mereka menyenaraikan perbelanjaan kurang penting seperti merokok, hiburan, pakaian/kasut baru, ubah-suai kereta, makan KFC & Mc Donalds, tengok wayang, miliki ASTRO dan sebagainya, adalah satu pembaziran. Semua ini perlu dipotong kerana ia adalah satu keinginan yang anda sebenarnya tak mampu nak nikmati!
Jarang sekali penasihat kewangan atau financial planner menyarankan anda untuk MENAMBAHKAN PENDAPATAN yang sedia-ada. Mereka menyarankan anda untuk kekal hidup dalam keadaan sedia-ada tetapi potong semua perbelanjaan yang berupa keinginan.
Yang peliknya,orang yang beriya iya suruh anda tambah pendapatan adalah ejen ADS4BUCKS, ejen insurans, ejen unit trust, ejen hartanah, penulis wasiat, dealer/broker saham, penganjur skim cepat kaya, penganjur direct selling atau MLM dan sebagainya. Mereka ini golongan yang dicop sebagai JURUJUAL / PENIPU BESAR oleh penasihat kewangan dan seringkali disindir dan dicemuh oleh masyarakat.
INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Tetapi dalam memilih jalan penyelesaian, anda perlu kaji selidik terlebih dahulu. Jangan buat sesuatu dengan terburu buru dan jangan buat sesuatu kerana terdesak. Desakan hidup tidak menghalalkan apa apa perkara yang dilarang oleh hukum syarak atau undang undang negara.
Bagi mereka yang ingin menyusun-semula hutang pinjaman atau refinancing, anda perlu tetapkan dulu apa tujuan dan matlamat anda. Jangan main refinancing atau susun hutang pakai hentam sahaja. Semak dahulu kadar faedah pinjaman, semak dulu cara pengiraan faedahnya dan buat sedikit perancangan terlebih dahulu.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan perbelanjaan tetapi terkedu dengan sindiran dan kritikan financial planner yang kata kononnya apa yang anda inginkan itu hanyalah satu keinginan dan pembaziran, bukan satu keperluan, janganlah resah hati atau merasa kecewa.
Apa yang perlu anda lakukan sebenarnya bukanlah menghentikan kesemua keinginan tersebut. Pada saya, tidak ada salahnya anda berbelanja mengikut keinginan anda. Nak makan KFC & McDonalds, makanlah. Nak tengok ASTRO di rumah, tengoklah Nak melancung, melancunglah!
Pada saya perbelanjaan untuk KEINGINAN ini juga SAMA PENTINGNYA DENGAN PERBELANJAAN UNTUK KEPERLUAN HIDUP kerana ia umpama satu reward / balasan kepada hasil usaha titik peluh anda. Kerja penat penat, harungi jam sesak pagi buta dan petang maghrib, terpaksa overtime and on-standby mode, sampai terpaksa korban masa bersama anak-anak, YOU DESERVE TO BE REWARDED! HADIAH UNTUK DIRI SENDIRI!!
Cuma pesan saya, perbelanjaan untuk keinginan ini, JANGANLAH DIBUAT SAMPAI BERLEBIH-LEBIHAN! JANGAN BERBELANJA SAMPAI MELAMPAU LAMPAU. Kalau suka makan KFC, janganlah makan sampai 2-3 kali seminggu. Buatlah 2-3 minggu sekali. Kalau merokok 7-14 batang sehari, kurangkan kepada 3-4 batang sahaja sehari.
Kalau nak maintain ASTRO, janganlah ambil sampai full package, hinggakan pakej box-office dan dynasty pun semua anda ambil, sedangkan anda bukan tengok tv selalu pun. sebaliknya ambil pakej yang penting sahaja spt pakej cartoon utk anak-anak kecil (bagus utk merangsang minda mereka) dan pakej discovery utk tambah ilmu pengetahuan kita.
Anda tahu kenapa saya beri nasihat seperti ini? Kerana saya memahami kehidupan anda. Apa yang anda lalui dalam hidup, SAMA SEPERTI KEHIDUPAN SAYA JUGA dan dari masa ke semasa, kita perlu dihargai dengan suatu reward atas hasil usaha kita.
Alhamdulillan, baru-baru ni saya memberi reward untuk diri sendiri dan keluarga untuk bercuti ke BALI selama 5 hari 4 malam – Sangat menarik dengan pemandangan indah dan tidak ada di negara sendiri.
InsyaAllah next year, bulan Jun 2011, kami akan ke AMSTERDAM/ ATHENS / MUNICH/PARIS dan ZURICH -Aminnn
Jika anda potong semua perbelanjaan keinginan anda, bukan sahaja kehidupan anda akan menjadi kosong, tetapi pada pandangan saya, KUALITI HIDUP ANDA SEMAKIN BERKURANGAN KERANA ANDA TAK MAMPU NAK NIKMATI KEHIDUPAN SEPENUHNYA!
Jangan jadi seperti Hj Bakhil yang hidup kaya raya, tetapi kualiti hidupnya rendah kerana terlalu berkira dalam kesemua perbelanjaannya. Hilang segala nikmat hidup apabila anda hidup terlalu berkira.
Bagi yang ingin menambah pendapatan sedia-ada mereka, saya bukan kata anda perlu ikut saja apa tawaran yang dipromosikan oleh golongan tertentu, sampaikan ada yang tawarkan skim cepat kaya, atau skim pelaburan yang was-was seperti forex trading, anda bantai main masuk saja.
Tetapi apa yang ingin saya sarankan kepada anda ialah
1 - Buka fikiran anda mengenai perkara perkara yang boleh menambah pendapatan sedia-ada anda
2 - Selidik dulu samada perkara perkara yang dilakukan itu, sah disisi undang-undang dan sah disisi hukum syarak dan paling penting sekali, samada anda boleh buat atau tidak perkara tersebut.
3 - BE REALISTIK. TERIMA HAKIKAT HIDUP!
4 - JANGAN TAMAK!
Sebab kebanyakan orang, saya lihat bila bab menambah pendapatan, mereka nak duit banyak, tapi nak usaha sikit. Kalau boleh dump saja duit, biar duit beranak pinak, tapi tak payah buat apa-apa. Tak payah menjual, tak payah jumpa orang, tak payah beli barang, tak payah maintain pembelian bulanan, tak payah usaha apa apa!
Nak buat pelaburan, tapi nak untung banyak dalam masa yang singkat. Sedangkan ANDA PATUT TAHU, SEMAKIN TINGGI PULANGAN (RETURN) YANG DIJANJIKAN, SEMAKIN TINGGI RISIKO KEHILANGAN MODAL PELABURAN.
Sebab tu ramai orang yang terjebak dengan aktiviti yang salah di sisi undang undang seperti skim cepat kayap, scratch and lose, forex trading yang lesap penganjurnya, overseas investment yang meragukan dan bermacam macam lagi.
Bila tak dapat pulangan atau pendapatan seperti yang diidamkan, barulah tersedar yang dia sudah kena tipu.
YANG PENTING, ANDA PERLU BUAT SESUATU UNTUK UBAH KEHIDUPAN ANDA.
Kalau anda nak ceburi bidang keusahawanan yang menggunakan medium internet sebagai salah satu pemasaran tools- iaitu ads4bucks boleh hubungi saya di 012-2269367, dan 017-8707269 atau layari laman web group saya  
http://www.excel-ads4bucks.com
Dan lakukan mengikut kehendak kerjaya dan bersungguh-sungguh.
Kalau anda nak ceburi bidang direct-selling atau MLM, pastikan syarikat anda miliki lesen AJL yang sah dan buatlah dengan bersungguh-sungguh.
Kalau anda nak mula berniaga kecil-kecilan seperti berniaga keropok lekor, goreng pisang, nasi lemak, buah-buahan, minuman, pasar malam, menjahit, mengurut, buat kek/cookies dan sebagainya, buatlah dengan bersungguh-sungguh. Jangan rasa malu-malu bila berniaga.
Kalau anda nak mula berniaga secara besar-besaran, kumpulkan kawan-kawan dan kumpul modal bersama untuk tubuhkan syarikat sdn bhd. Jangan terlalu bergantung kepada modal kerajaan atau pinjaman bank. Kalau tunggu dapat modal, sampai kiamat pun business tak jalan sebab anda menyangka kejayaan terletak pada modal perniagaan. Yang penting dalam perniagaan adalah - melakukannya dengan usaha yang sungguh-sungguh. Usaha yang perlu hebat, usaha yang perlu dibuat secara luar biasa, bukan idea atau modal yang luar biasa!
RUMUSAN
Anda TAK BOLEH NAK UBAH KERAJAAN kerana mengubah kerajaan tidak dapat mengurangkan kos kehidupan yang semakin meningkat sekarang!
Anda TAK BOLEH DUDUK BERDIAM DIRI TAK BUAT APA-APA kerana suatu hari nanti, kehidupan akan menjadi tertekan dan terdesak!
Anda TAK BOLEH UBAH SESUATU YANG BERADA DI LUAR KAWALAN ANDA.
KEHIDUPAN KITA adalah sesuatu yang berada DI DALAM KAWALAN KITA. Cubalah ubah cara kehidupan kita.
Tetapi, PERUBAHAN BESAR YANG ANDA SEMUA PERLU LAKUKAN IALAH
MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR!
Kalau anda UBAH CARA PEMIKIRAN ANDA, INSYA-ALLAH KEHIDUPAN ANDA AKAN MENJADI LEBIH BAIK LAGI.
Kalau anda UBAH CARA PEMIKIRAN ANDA, KEJAYAAN ITU MUDAH DICAPAI.
Oleh itu, kawan-kawan semua, ubahlah cara pemikiran anda! Itulah yang anda perlu lakukan sekarang ini.
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Shafiq kerana sudi mengikuti penulisan saya. Kesabaran ini akan saya balas dengan kesedaran yang penuh bermakna. Dan mudah-mudahan, ia akan membawa kejayaan dan perubahan yang positif dalam hidup. Insya-Allah.
Sekian terima kasih
Jailanee Othman

Friday, January 28, 2011

Sifat-sifat Terkutuk Yahudi

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris
Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)


Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi.
Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

kitaro music

Thursday, January 6, 2011

Cabar Diri Untuk Berjaya

Cabar Diri Untuk Berjaya

Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003 Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.
Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.


2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.



Jailanee Othman