ADS4BUCKS adalah sebuah Portal Periklanan dan Program Affiliat yang memberi anda kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan anda. Objectifnya ialah untuk menjadikan Portal ini sebagai sebuah portal periklanan yang paling popular di DUNIA agar pelanggan dapat menjual produk dan perkhidmatan dengan efektif.
Menjadi persaing kepada Yahoo! Google! YouTube! Amazon.com! Facebook!
Dengan konsep afiliat 100% online ini kami yakin matlamat Ads4Bucks akan tercapai.
Ruang iklan Ads4Bucks serta online tools kami, akan membantu anda untuk menjana pendapatan berterusan yang konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang.
Anda boleh mengiklankan produk serta perkhidmatan anda walau pun anda tidak lagi menjadi Agen komuniti Ads4Bucks. Pihak kami akan memastikan portal ini popular dan mendapat hits yang tinggi seterusnya menjadikan kita semua sebuah komuniti perniagaan yang berjaya.
Di samping itu juga, berbagai aktiviti, promosi, peraduan dan lain-lain telah dirancang. Semua ini akan meningkatkan populariti Ads4Bucks sebagai “The Ultimate Address”.
Perancangan Masa Hadapan:
Ads4Tv – Internet TV
Ads4Cafe
Ads4Bucks HyperMarket
Ads4Bucks merupakan suatu portal jual beli serta pengiklanan terkini di Malaysia yang menawarkan peluang untuk anda mengembangkan perniagaan anda melalui Internet.
Industri pengiklanan di Malaysia adalah suatu industri yang amat besar nilainya. Di zaman teknologi maklumat ini, kita tidak dapat menafikan bahawa untuk mengembangkan sesuatu perniagaan, kita memerlukan strategi pemasaran yang berkesan.
Ads4Bucks memberi anda kemudahan ini !
Soal nak buat duit, ianya bergantung kepada daya usaha kita... Mana ada perniagaan tidak dapat duit ! Cuma cara kita melakukan perniagaan itulah yang menentu tahap kejayaan yang boleh kita capai. Ada yang melakukan secara sambilan, maka hasilnya pun sambilanlah ! Bagi saya, saya melakukannya sambilan dulu dan kemudian baru serius untuk membina kerjaya jangka panjang...
Insya Allah hasilnya pun berpanjangan. Yang bagusnya, pihak ADS4BUCKS sendiri banyak membantu dalam menangani selok-belok perniagaan ini terutamanya dari segi latihan yang berterusan dan sokongan promosi yang berpanjangan. Maka tidak hairanlah kenapa ramai yang telah berjaya di ADS4BUCKS yang mana semua mereka ini bermula dengan kosong dan latarbelakang pendidikan yang berbagai-bagai... bahkan orang yang tidak sekolah pun boleh menikmati kejayaan.
Jadi, bukan soalnya betul atau tidak ADS4BUCKS ni boleh buat duit... tapi mahukah anda menambahkan duit anda bersama ADS4BUCKS ? Yang pasti, segalanya terletak di tangan anda.
Saya tak ada modal ??
Emm... Inilah persoalan yang selalu ditimbulkan apabila bebicara tentang bisnes, terutamanya orang kita kaum bumiputra.
Sebenarnya modal yang paling besar diperlukan ialah keinginan dan kemahuan yang kuat. Modal sedia ada kita ialah otak kita, anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini jika kita gunakan maka ia boleh membawa kita ke tahap tertinggi di dunia.
Secara ringkasnya, untuk menyetai ADS4BUCKS bayarannya hanyalah RM420.00 sahaja seumur hidup. Lagipun berbanding perniagaan konvensional, anda tidak perlu daftar dengan ROB atau ROC dan tidak juga perlu menyewa kedai atau menyediakan premis perniagaan. Cukup buat di rumah sahaja atau di mana-mana anda berada. Sebagaimana yang kita tahu, ada orang yang berniaga dengan modal puluhan ribu ringgit dan membuat pinjaman daripada MARA atau institusi kewangan pun masih ramai yang tak boleh bayar baik hutang bahkan ada yang bankrup terus selepas 4-5 tahun. Tapi di sini, anda tidak perlu buat pinjaman pun bahkan ramai di antara kita mencapai kejayaan hebat lebih daripada mereka yang berniaga dengan modal ratusan ribu ringgit walaupun sudah lebih 20 tahun mereka berniaga.
Dah Terlambat Untuk Sertai ADS4BUCKS
Ramai juga yang merungut sebegini...
Sebenarnya tidak terfikirkah kita bahawa kehidupan kita pada hari ini juga sudah terlambat... ada yang kata dah akhir zaman ! Tetapi masih juga nak meneruskan kehidupan malahan ada yang tak mahu mati lagi. Di dalam ADS4BUCKS ni sebenarnya tidak ada istilah lewat sebab peluang untuk berjaya adalah sama rata dan tidak semestinya yang menyertai dahulu lebih berjaya atau yang masuk kemudian tidak berjaya. Perkara ini sangat jelas kerana saya juga menyertainya sudah begitu lewat iaitu setelah 1 tahun ADS4BUCKS ditubuhkan. Bahkan ada yang masuk dahulu daripada saya pun ada yang tidak berjaya langsung.
Soalnya di sini, bukan awal atau kemudian penentu kejayaan tetapi cara kita berusaha adalah penentunya. Bahkan telah terbukti kehidupan di dunia ini bahawa umat terkemudian lebih untung dari yang terdahulu... yang mana zaman dulu-dulu mana ada kapalterbang ! Begitu jugalah dunia ADS4BUCKS.
Tuhan menyediakan rezeki sangat banyak... dulu-dulu saya nak makan ayam sebulan sekali pun susah, padahal masa tu orang tak ramai dan ayam pun tak banyak. Hari ini walaupun makan ayam hari-hari pun masih berlebihan ayam tu. Sedangkan orang semakin ramai.. patutnya lagi tak cukup ayam tu kan ? Tapi itulah kurniaan Tuhan bahawa rezekiNya tidak akan habis untuk manusia tetapi manusia itu sendiri yang tidak mahu berusaha mendapatkan rezeki yang tersedia itu.
Buat ADS4BUCKS menguntungkan orang atasan sahaja !
Betul... siapa orang atasan itu ?
Sebenarnya di dalam dunia ini, apa sahaja yang kita buat pasti ada pihak yang untung...
Tapi ini bukanlah bermakna kita tidak untung ! Kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi orang yang berada di atas. Tetapi di ADS4BUCKS, sistem kita begitu adil dan saksama yang mana jika kita kerja bersungguh-sungguh, suatu hari kita dapat mengatasi pendapatan orang atas (upline/intruducer) tadi. Jadi, jika boleh janganlah fikir sangat perkara ini sebabnya kadang-kadang yang atas itu adalah kawan atau saudara kita. Kenapa dengki sangat sampai tak nak bagi mereka untung sedikit dan akhirnya kita untung banyak. Makan gaji pun yang atas juga untung... tapi sanggup pulak kita pergi pagi balik petang ! Bagi orang Islamlah... jika ada yang berfikiran sebegini saya rasa tak perlulah dia nak sembahyang lagi, nanti Nabi dapat untung.. pergi berjemaah pun tak sesuai nanti Pak Imam dapat untung lebih. Jadi.. jadi nak buat apa ? Susah nak cakaplah di sini... kita matipun ada yang dapat untung tau.. bila tahlil yang hidup tu untung sebab dapat makan free.. Renung dan fikir-fikirkanlah.. !! Jangan marah saya okey !
Lecehlah buat ADS4BUCKS ni....
Saya setuju juga tu nak buat ADS4BUCKS ni memang lecehlah...
Tapi... apakah benda di dunia ni yang tidak leceh ? Jika nak dikira leceh... sebenarnya kita pergi kerja hari-hari tu tak leceh ke ? Jam kat jalanraya pagi petang setiap hari tak leceh ke ? Gaji tak pernah cukup setiap bulan tak leceh ke ?
Bagi sayalah... alang-alang leceh biarlah suatu hari kita berjaya iaitu dapat menikmati kehidupan yang sebenar dan bersara lebih awal daripada yang sepatutnya. Takkan nak jadi hamba kerja sampai ke tua ? Bila masa pula nak menikmati hasil yang dicari selama ini ? Duit pencen dan EPF dapat banyak tapi nak bergaya rambut dah putih, nak makan sedap tak boleh sebab gigi dah tak kuat, nak makan manis dah ada kencing manis, makan daging kan darah tinggi pulak... Alamatnya menyesal sudah tidak berguna lagi... rasa tertekan dan kesal lalu macam-macam penyakit yang datang dan... Anda pun boleh jangka kan apa yang berlaku seterusnya ?
So, biarlah leceh sekejap di ADS4BUCKS daripada leceh selama-lamanya.
Saya sibuk dan tak ada masa...
Memang ramai orang suka berkata begitu dan kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham apa yang mereka kata sebab "saya sibuk dan tak ada masa" sudah menjadi satu klausa kepada mereka yang suka memberi alasan di dalam sesuatu hal atau urusan.
Sebenarnya... apa sangat yang kita sibuk kan?
Ada tak orang yang terlupa nak makan kerana sibuk ? Ada tak orang yang tidak pernah tidur kerana sibuk ? Yang hairannya benda-benda tu tak pernah sibuk pula.... ada kawan saya yang selalu kata sibuk, tapi yang saya tahu dia tak pernah ketinggalan menonton rancangan Gusti di TV3. Jadi di sini sebenarnya bukanlah soal sibuk tetapi tidak KEMAHUAN
Begitu juga ada yang mengatakan tak ada masa. Pelik juga... selama ini masanya pergi ke mana ? Nak berapa jam ? Bukankah manusia yang cipta jam itu, jika anda benar-benar tak cukup masa maka ciptalah jam baru yang terdiri dari 40 jam sehari !
Sebenarnya masa adalah infiniti.. esok masa, lusa masa, tulat masa dan seterusnya....
Kita boleh mengatakan kita tidak ada masa seandainya kita tahu bahawa pukul 4.00 petang besok kita akan mati, maka betullah tak cukup masa. Tapi kalau tak tahu bila akan mati maka mulai hari ini kita berhentilah bercakap bahawa kita tidak ada masa. Pada pendapat saya, masa adalah NYAWA kita...
Saya tidak minat nak buat Network Marketing.
Tidak kurang juga dikalangan manusia hari ini suka menyatakan bahawa mereka tidak minat dengan Net work Marketing . Jika kita hayati, apakah maksud mereka yang sebenarnya. Mungkin mereka ingat ADS4BUCKS ni sendiri sebagai sejenis permainan seperti bolasepak, hoki atau dam haji !!
Sebenarnya ini adalah suatu bidang perusahaan dan perniagaan yang mana ianya merupakan tempat berusaha den mencari pendapatan seperti kita makan gaji atau berniaga di lain-lain bidang. Jika begitu, adakah kita minat dengan kerja kita hari ini ? Contohnya menjadi cikgu kat sekolah. Jika kita minat kerja jadi cikgu maka cubalah jangan ambil gajinya... bolehkah anda terima hakikat ini ? Sebab bagi orang yang minat main bola, mereka tetap bermain walaupun tidak pernah diberi sebarang imbuhan. Sekiranya anda tidak boleh terima hakikat jangan mengambil gaji maksudnya kerja anda selama ini bukan keranan minat tetapi sedarlah bahawa kita melakukannya kerana DUIT !!
Jika begitulah caranya... maka di ADS4BUCKS pun kita tak perlu cakap soal minat lagi tetapi ingatlah bahawa saya menyeru anda menyertai ADS4BUCKS kerana DUIT, sebab di sini... tiada had batasannya bagi anda untuk menambahkan pendapatan anda.
Saya dah masuk tapi upline tak tolong ...
Tahniah kerana dah ditolong untuk masuk ADS4BUCKS.
Ramai juga dikalangan usahawan ADS4BUCKS suka merungut mengatakan upline mereka TAK TOLONG !
Sebenarnya pertolongan apakah yang mereka harapkan atau tolong macam manakah yang mereka harapkan ? Saya sering berjumpa dengan usahawan-usahawan ADS4BUCKS dan berbincang dengan mereka, akhirnya saya dapati masih ramai dikalangan usahawan-usahawan ini yang masih tidak faham dengan konsep Network Marketing. Sebenarnya maksud tolong bagi mereka ialah... dengan menaja orang-orang bawahan sebanyak mungkin untuk mereka . Selain itu mereka juga mengharapkan kita melakukan segala aktiviti berkaitan ADS4BUCKS untuk mereka sedang mereka boleh pergi berjalan-jalan dan menonton TV.
Sebenarnya, itulah sebabnya tidak ramai orang yang berjaya di dalam dunia ni. Jika upline nak kena tolong buat segalanya, buat apa nak taja orang-orang macam ni. Jika seseorang usahawan ADS4BUCKS bersikap sebegini, sebenarnya perjalanannya untuk menuju kejayaan adalah terlalu jauh lagi. Sepatutnya kita cubalah melakukannya sendiri dengan berkerjasama dengan upline dan juga rangkaian kumpulan kita.. jika sesuatu urusan itu boleh kita melakukannya sendiri, kenapa harus meminta pertolongan orang lain ?
Maksud minta tolong adalah setelah kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian lagi maka haruslah kita meminta pertolongan orang lain. Semoga anda boleh bezakan antara pertolongan dan kerjasama.
Bagi saya, konsep tolong yang sebenar di dalam sesuatu perusahaan ialah seperti pepatah
"Mengajar anda untuk menangkap ikan, bukannya mencari ikan untuk anda".
Kerana jika mengajar cari ikan, anda boleh memakan ikan sampai bila-bila walaupun saya dah mati... tetapi jika saya mencari ikan untuk anda, bila saya mati maka andapun tidak boleh makan ikan lagi !
Saya tak ada kawan dan tak pandai cakap...
Kesian ye... masih ada yang tak ada kawan !
Habis selama ini anda tinggal di mana ? Dalam hutan ke ? Tarzan dalam hutan pun masih ada kawan. Tetapi jika anda tidak tinggal dalam hutan, pastilah kawan-kawan anda cukup ramai. Ingatlah balik zaman persekolahan dulu... masa kahwin dulu tak ada yang datang ke ? Itu bukan kawan ke ?
Malah ada juga yang kata tak pandai cakap !
Suatu waktu dulu saya ada bela seekor burung tiong... memang luar biasa, saya mengajarnya dalam masa setahun saja dia dah pandai cakap. Inikan pula manusia... kalau betul-betul anda tak tau cakap, datanglah berjumpa saya dan akan saya ajarkan cara bercakap yang betul.
Semoga, mulai hari ini anda sedarlah betapa ramainya kawan anda dan juga tahu bahawa memang sudah sedia maklum anda memang pandai bercakap. Di ADS4BUCKS ni kita tak perlu sangat orang yang pandai bercakap... tapi untuk berjaya kita perlukan orang yang pandai berkerja dengan baik !!
Saya dah tua...
Apa masalah dengan ketuaan ?
Adakah orang tua tak perlu makan ?
Sebenarnya itu hanya usia yang menentukan berapa lama kita sudah hidup. Hakikatnya, sebagai orang tua, kita juga patut buat ADS4BUCKS... kena cari duit lagi sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Walaupun semuda 20 tahun, tiba-tiba umur 22 dah mati, tak payah cari duit juga. Sebenarnya kita tak tahu bila kita akan mati... sekarang umur dah 50 tahun, jika kita mati pada usia 80 tahun maknanya kita kena cari duit lebih banyak lagi dari yang berusia 20 tahun tadi. Nak buat ADS4BUCKS bukannya kena pikul balak dan panjat bukit, jadi tidak ada kena mengena dengan usia kita. Begitu juga dengan kenalan kita. Untuk buat ADS4BUCKS ni sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kenalan yang ramai. Maka bagi mereka yang sudah 50 tahun hidup, pastilah kenalannya akan lebih ramai daripada remaja yang berusia 20 tahun.
Begitu juga dengan tanggungjawab, sebagai seorang yang dah tua kita juga ada tanggungjawab terhadap anak cucu kita. Usaha ADS4BUCKS ni dapat diwarisi... maka jika kita yang berusia 50 tahun dapat buat sampai 3 suku jalan katalah kita meninggal, maka anak kita sebagai pewaris sambung sedikit saja lagi maka salah seorang anak kita sudah jadi JUTAWAN. Kan sangat bagus macam ni... Ini tidak, ramai dikalangan bangsa kita ni, bila nak mulai hidup semuanya kena mula dengan kosong. Sedangkan bangsa lain, mereka hanya mewawirisi perniagaaan bapa mereka sahaja tetapi bapa kita semuanya nak makan gaji... macammana nak diwarisi lagi. Nasihat saya, tuapun tak apa... asalkan anda boleh jadi orang tua yang terbaik dan paling bertanggungjawab di dunia.
Rasanya saya dah cukup,,, tak perlu buat ADS4BUCKS lagi !
Bagi mereka yang sudah lama berkerja terutamanya pasangan mereka turut berkerja, inilah kata-kata yang popular keluar dari mulut mereka. Kami dah cukup... saya dah cukup !
Adakah ini ucapan ikhlas di hati atau sekadar pemanis bibir menunjukkan kita sudah berjaya ? Atau tak kurang juga sebagai pelunak kata untuk mempertahankan kemalasan diri untuk melibatkan diri dalam network marketing atau senang kata untuk mengelak dari terlibat. Ringkas cerita mereka merasakan ini bukan untuk mereka tetapi untuk kita yang memperkenalkan perniagaan ini kepada mereka. Pelik sungguh... kalau untuk kita, buat apa kita cerita kat dia !
Sebenarnya ramai yang merasakan begitu iaitu DAH CUKUP ! Itu yang mereka rasa... tapi hakikatnya adalah PASTI BELUM CUKUP sebenarnya. Buktinya.. jika orang yang mengatakan itu betul-betul dah cukup, cubalah mulai besok jangan pergi berkerja lagi... macamana ?
Sekiranya besok dan hari-hari seterusnya mereka tak perlu pergi kerja maka syabaslah... mereka betul-betul dah cukup ! Tetapi jika besok dan seterusnya masih kena pergi berkerja kerja kerja... itu sudah jelaslah bahawa mereka masih belum cukup.. dan saya yakin orang sebegini walaupun selepas pencen sekali pun dia tetap kena pergi kerja. Maka fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata...
Lambat sangat untuk jadi Jutawan...
Di ADS4BUCKS, kita tidak pernah pun mengatakan bahawa orang yang menyertainya akan jadi jutawan dengan cepat (Jutawan Segera), kerana ADS4BUCKS bukannya skim cepat kaya...
Tetapi jika anda mengusahakannya dengan tekun dan penuh kesabaran, insyaAllah dalam masa 2 - 5 tahun seseorang itu mampu mencapai taraf Jutawan. ADS4BUCKS ni adalah merupakan tempat kita mengusahakan perniagaan atau kita membina kerjaya... Sama dengan orang pergi kerja setiap hari, cuma yang kita pergi kerja makan gaji setiap hari tu, majikan kita tak pernah pun menjanjikan faedah-faedah seperti di ADS4BUCKS... bahkan tak boleh jadi Jutawan pun tetapi masih ramai yang sanggup pergi pagi balik petang sampai umur mencecah 55 tahun bahkan ada yang nak sambung kerja secara kontrak lagi. Sepatutnya kita lagi sanggup untuk berusaha di ADS4BUCKS berbanding kerja makan gaji.
Sebenarnya kalau 3 tahun boleh jadi jutawan, itu dah kira cukup cepat... Lagi pun ADS4BUCKS telah buktikan, seorang anak muda bergelar Jutawan dilahirkan tak sampai pun 12 bulan.
Kata-kata Mutiara Bijak Pandai..
~Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.
~Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan. Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.
~Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi KAYA.
~Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara. Kita perlu menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua halangan, rintangan dan dugaan. Ilham jarang mengerahkan tindakan tetapi tindakan sentiasa memberi ilham
WWW.EXCEL-ADS4BUCKS.COM
012-2269367 Syafiq Ali
017-8707269 Jailanee Othman
No comments:
Post a Comment