Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih kerana masih mengikuti penulisan saya. Perlu diberitahu, tujuan saya menulis siri artikel ini bukanlah untuk menarik orang jadi ejen ads4bucks atau untuk menjual apa apa khidmat saya. Ini hanyalah luahan pendapat dan pengetahuan saya untuk kebaikan kita bersama. Saya hanya nak beri kesedaran dan kongsi sedikit pengalaman. I can assure you that, there is NO INVITATION TO SELL ANYTHING, so no worries, mate!
Berbalik kepada isu asal, mengenai cukupkah gaji kita untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat sekarang, seperti yang disarankan oleh PM, Datuk Najib dan pemimpin lain, KITA PERLU UBAH CARA HIDUP KITA. Dunia berubah, kita juga perlu berubah untuk mengimbangi perubahan di dunia. Jika anda masih enggan hendak berubah, anda mungkin akan menjadi pupus seperti dinosaur dulu.
Jika anda masih enggan berubah, kehidupan anda suatu hari nanti, akan menjadi tertekan dan menjadikan anda TERDESAK! Apa anda sudah terdesak, keimanan dan kewarasan anda akan tergugat dan anda dengan mudahnya akan terjerumus kepada aktiviti aktiviti yang tidak bermoral seperti menjual maruah diri, atau aktiviti yang salah di sisi undang undang seperti menyertai skim cepat kaya.
Akhbar semalam melaporkan pengemis di Alor Setar, aktiviti mengemisnya pun tak cukup nak tampung kos sara hidupnya, sampaikan dia terpaksa menjual maruah diri di hotel hotel murah sekitar Kota Setar.
MENYEDARI APA YANG PERLU DILAKUKAN
Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, FORMULA PERANCANGAN KEWANGAN adalah mudah iaitu
PENDAPATAN (INCOME)
TOLAK - BAYARAN PINJAMAN (LOAN PAYMENT)
TOLAK - PERBELANJAAN (EXPENSES)
----------------------------------------
BERAPA BAKI LEBIHANNYA?
======================
Dari formula di atas, boleh dirumuskan, tindakan anda untuk mengubah kehidupan, perlu difokuskan seperti berikut :-
1. KURANGKAN KOMITMEN PINJAMAN
2. KURANGKAN PERBELANJAAN
3. TAMBAH PENDAPATAN SEDIA-ADA
Kebanyakan tindakan yang selalu kita buat, berpandukan 3 perkara di atas. Sebab itulah, jika anda lihat sekarang, apabila kadar BLR mula naik, orang makin panik kerana menyangka komitmen pinjaman mereka juga akan naik. Ramai mula tertanya tanya adakah refinancing atau property investment, suatu benda yang wajar dilakukan pada masa ini atau tidak? Maklumlah, takut hidup semakin tertekan di kemudian hari jika tak buat tindakan awal.
Sampaikan, peminjam loan islamik pun panik, sedangkan kadar pinjaman mereka tak berubah. Mereka pun tumpang sama panik, kerana duit lebihan mereka semakin berkurangan akibat kenaikan kos sara hidup dan baru sekarang, mereka tersedar kadar pinjaman islamik 7.75% - 8% setahun itu, sangat tinggi rupanya sampai menekan kehidupan mereka.
Penasihat kewangan atau financial planner pula banyak beri nasihat suruh anda kurangkan perbelanjaan. Cut down perbelanjaan yang tak penting dan cut down perbelanjaan yang lebih berupa kepada kehendak/keinginan, berbanding keperluan.
Mereka menyenaraikan perbelanjaan kurang penting seperti merokok, hiburan, pakaian/kasut baru, ubah-suai kereta, makan KFC & Mc Donalds, tengok wayang, miliki ASTRO dan sebagainya, adalah satu pembaziran. Semua ini perlu dipotong kerana ia adalah satu keinginan yang anda sebenarnya tak mampu nak nikmati!
Jarang sekali penasihat kewangan atau financial planner menyarankan anda untuk MENAMBAHKAN PENDAPATAN yang sedia-ada. Mereka menyarankan anda untuk kekal hidup dalam keadaan sedia-ada tetapi potong semua perbelanjaan yang berupa keinginan.
Yang peliknya,orang yang beriya iya suruh anda tambah pendapatan adalah ejen ADS4BUCKS, ejen insurans, ejen unit trust, ejen hartanah, penulis wasiat, dealer/broker saham, penganjur skim cepat kaya, penganjur direct selling atau MLM dan sebagainya. Mereka ini golongan yang dicop sebagai JURUJUAL / PENIPU BESAR oleh penasihat kewangan dan seringkali disindir dan dicemuh oleh masyarakat.
INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Tetapi dalam memilih jalan penyelesaian, anda perlu kaji selidik terlebih dahulu. Jangan buat sesuatu dengan terburu buru dan jangan buat sesuatu kerana terdesak. Desakan hidup tidak menghalalkan apa apa perkara yang dilarang oleh hukum syarak atau undang undang negara.
Bagi mereka yang ingin menyusun-semula hutang pinjaman atau refinancing, anda perlu tetapkan dulu apa tujuan dan matlamat anda. Jangan main refinancing atau susun hutang pakai hentam sahaja. Semak dahulu kadar faedah pinjaman, semak dulu cara pengiraan faedahnya dan buat sedikit perancangan terlebih dahulu.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan perbelanjaan tetapi terkedu dengan sindiran dan kritikan financial planner yang kata kononnya apa yang anda inginkan itu hanyalah satu keinginan dan pembaziran, bukan satu keperluan, janganlah resah hati atau merasa kecewa.
Apa yang perlu anda lakukan sebenarnya bukanlah menghentikan kesemua keinginan tersebut. Pada saya, tidak ada salahnya anda berbelanja mengikut keinginan anda. Nak makan KFC & McDonalds, makanlah. Nak tengok ASTRO di rumah, tengoklah Nak melancung, melancunglah!
Pada saya perbelanjaan untuk KEINGINAN ini juga SAMA PENTINGNYA DENGAN PERBELANJAAN UNTUK KEPERLUAN HIDUP kerana ia umpama satu reward / balasan kepada hasil usaha titik peluh anda. Kerja penat penat, harungi jam sesak pagi buta dan petang maghrib, terpaksa overtime and on-standby mode, sampai terpaksa korban masa bersama anak-anak, YOU DESERVE TO BE REWARDED! HADIAH UNTUK DIRI SENDIRI!!
Cuma pesan saya, perbelanjaan untuk keinginan ini, JANGANLAH DIBUAT SAMPAI BERLEBIH-LEBIHAN! JANGAN BERBELANJA SAMPAI MELAMPAU LAMPAU. Kalau suka makan KFC, janganlah makan sampai 2-3 kali seminggu. Buatlah 2-3 minggu sekali. Kalau merokok 7-14 batang sehari, kurangkan kepada 3-4 batang sahaja sehari.
Kalau nak maintain ASTRO, janganlah ambil sampai full package, hinggakan pakej box-office dan dynasty pun semua anda ambil, sedangkan anda bukan tengok tv selalu pun. sebaliknya ambil pakej yang penting sahaja spt pakej cartoon utk anak-anak kecil (bagus utk merangsang minda mereka) dan pakej discovery utk tambah ilmu pengetahuan kita.
Anda tahu kenapa saya beri nasihat seperti ini? Kerana saya memahami kehidupan anda. Apa yang anda lalui dalam hidup, SAMA SEPERTI KEHIDUPAN SAYA JUGA dan dari masa ke semasa, kita perlu dihargai dengan suatu reward atas hasil usaha kita.
Alhamdulillan, baru-baru ni saya memberi reward untuk diri sendiri dan keluarga untuk bercuti ke BALI selama 5 hari 4 malam – Sangat menarik dengan pemandangan indah dan tidak ada di negara sendiri.
InsyaAllah next year, bulan Jun 2011, kami akan ke AMSTERDAM/ ATHENS / MUNICH/PARIS dan ZURICH -Aminnn
Jika anda potong semua perbelanjaan keinginan anda, bukan sahaja kehidupan anda akan menjadi kosong, tetapi pada pandangan saya, KUALITI HIDUP ANDA SEMAKIN BERKURANGAN KERANA ANDA TAK MAMPU NAK NIKMATI KEHIDUPAN SEPENUHNYA!
Jangan jadi seperti Hj Bakhil yang hidup kaya raya, tetapi kualiti hidupnya rendah kerana terlalu berkira dalam kesemua perbelanjaannya. Hilang segala nikmat hidup apabila anda hidup terlalu berkira.
Bagi yang ingin menambah pendapatan sedia-ada mereka, saya bukan kata anda perlu ikut saja apa tawaran yang dipromosikan oleh golongan tertentu, sampaikan ada yang tawarkan skim cepat kaya, atau skim pelaburan yang was-was seperti forex trading, anda bantai main masuk saja.
Tetapi apa yang ingin saya sarankan kepada anda ialah
1 - Buka fikiran anda mengenai perkara perkara yang boleh menambah pendapatan sedia-ada anda
2 - Selidik dulu samada perkara perkara yang dilakukan itu, sah disisi undang-undang dan sah disisi hukum syarak dan paling penting sekali, samada anda boleh buat atau tidak perkara tersebut.
3 - BE REALISTIK. TERIMA HAKIKAT HIDUP!
4 - JANGAN TAMAK!
Sebab kebanyakan orang, saya lihat bila bab menambah pendapatan, mereka nak duit banyak, tapi nak usaha sikit. Kalau boleh dump saja duit, biar duit beranak pinak, tapi tak payah buat apa-apa. Tak payah menjual, tak payah jumpa orang, tak payah beli barang, tak payah maintain pembelian bulanan, tak payah usaha apa apa!
Nak buat pelaburan, tapi nak untung banyak dalam masa yang singkat. Sedangkan ANDA PATUT TAHU, SEMAKIN TINGGI PULANGAN (RETURN) YANG DIJANJIKAN, SEMAKIN TINGGI RISIKO KEHILANGAN MODAL PELABURAN.
Sebab tu ramai orang yang terjebak dengan aktiviti yang salah di sisi undang undang seperti skim cepat kayap, scratch and lose, forex trading yang lesap penganjurnya, overseas investment yang meragukan dan bermacam macam lagi.
Bila tak dapat pulangan atau pendapatan seperti yang diidamkan, barulah tersedar yang dia sudah kena tipu.
YANG PENTING, ANDA PERLU BUAT SESUATU UNTUK UBAH KEHIDUPAN ANDA.
Kalau anda nak ceburi bidang keusahawanan yang menggunakan medium internet sebagai salah satu pemasaran tools- iaitu ads4bucks boleh hubungi saya di 012-2269367, dan 017-8707269 atau layari laman web group saya
http://www.excel-ads4bucks.com
http://www.excel-ads4bucks.com
Dan lakukan mengikut kehendak kerjaya dan bersungguh-sungguh.
Kalau anda nak ceburi bidang direct-selling atau MLM, pastikan syarikat anda miliki lesen AJL yang sah dan buatlah dengan bersungguh-sungguh.
Kalau anda nak mula berniaga kecil-kecilan seperti berniaga keropok lekor, goreng pisang, nasi lemak, buah-buahan, minuman, pasar malam, menjahit, mengurut, buat kek/cookies dan sebagainya, buatlah dengan bersungguh-sungguh. Jangan rasa malu-malu bila berniaga.
Kalau anda nak mula berniaga secara besar-besaran, kumpulkan kawan-kawan dan kumpul modal bersama untuk tubuhkan syarikat sdn bhd. Jangan terlalu bergantung kepada modal kerajaan atau pinjaman bank. Kalau tunggu dapat modal, sampai kiamat pun business tak jalan sebab anda menyangka kejayaan terletak pada modal perniagaan. Yang penting dalam perniagaan adalah - melakukannya dengan usaha yang sungguh-sungguh. Usaha yang perlu hebat, usaha yang perlu dibuat secara luar biasa, bukan idea atau modal yang luar biasa!
RUMUSAN
Anda TAK BOLEH NAK UBAH KERAJAAN kerana mengubah kerajaan tidak dapat mengurangkan kos kehidupan yang semakin meningkat sekarang!
Anda TAK BOLEH DUDUK BERDIAM DIRI TAK BUAT APA-APA kerana suatu hari nanti, kehidupan akan menjadi tertekan dan terdesak!
Anda TAK BOLEH UBAH SESUATU YANG BERADA DI LUAR KAWALAN ANDA.
KEHIDUPAN KITA adalah sesuatu yang berada DI DALAM KAWALAN KITA. Cubalah ubah cara kehidupan kita.
Tetapi, PERUBAHAN BESAR YANG ANDA SEMUA PERLU LAKUKAN IALAH
MENGUBAH CARA KITA BERFIKIR!
Kalau anda UBAH CARA PEMIKIRAN ANDA, INSYA-ALLAH KEHIDUPAN ANDA AKAN MENJADI LEBIH BAIK LAGI.
Kalau anda UBAH CARA PEMIKIRAN ANDA, KEJAYAAN ITU MUDAH DICAPAI.
Oleh itu, kawan-kawan semua, ubahlah cara pemikiran anda! Itulah yang anda perlu lakukan sekarang ini.
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Shafiq kerana sudi mengikuti penulisan saya. Kesabaran ini akan saya balas dengan kesedaran yang penuh bermakna. Dan mudah-mudahan, ia akan membawa kejayaan dan perubahan yang positif dalam hidup. Insya-Allah.
Sekian terima kasih
Jailanee Othman
Jailanee Othman
No comments:
Post a Comment