Sunday, February 6, 2011

Tubuh Perbadanan Untuk Majukan Kampung Baru, KL?

Tubuh Perbadanan Untuk Majukan Kampung Baru, KL?


Isu mengenai Kampung Baru masih lagi tidak berkesudahan.Terlalu banyak masalah yang timbul dari segi pemilikan tanah, harga dan juga dalam aspek mengekalkan kebudayaan. Menjadi satu-satunya kampung melayu dalam bandar segi tiga emas, menjadikan Kampung Baru kawasan yang sangat strategik untuk dibangunkan.
Dan kali ini, timbul pula usaha untuk mewujudkan perbadanan yang akan menjalankan fungsi seperti memaju, menyelaras dan menyelia pembangunan di Kampung Baru.Berikut di bawah adalah kenyataan dari Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
PUTRAJAYA 1 Feb – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan berusaha memastikan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, yang akan menjalankan fungsi seperti memaju, menyelaras dan menyelia pembangunan di Kampung Baru, diwujudkan pada tahun ini juga.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, untuk tujuan itu, kementerian akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Parlimen pada tahun ini.
“Ia selaras dengan hasrat kerajaan dan para pemilik serta pewaris tanah untuk melihat kawasan penempatan Melayu yang strategik dan bersejarah itu dibangunkan ke tahap maju dan menguntungkan, sesuai dengan kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur,” katanya.
Raja Nong Chik berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih sempena istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Melawati, di sini.
Menteri itu berkata, bacaan kali pertama rang undang-undang itu telah dibentangkan di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat yang lalu.Kawasan Kampung Baru yang berusia 110 tahun meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar dan kini didiami kira-kira 35,000 penduduk.
Tanah kampung baru seluas 90.2 hektar sememangnya sangat-sangat bernilai.Lebih-lebih lagi, berada dalam kawasan segi tiga emas kuala lumpur, menjadikan ianya kawasan panas. Kami tidak menolak pembangunan untuk Kampung Baru, namun sekiranya pemiliknya sendiri tidak mahu, mengapa ianya perlu dipaksa.
Dan kenapa sugguh beriya-iya untuk majukan kawasan kampung baru? Apa yang kami risaukan adalah, motif kerajaan sendiri dalam memajukan kampung baru ini. Sekiranya kemajuan ini dirasai oleh kesemua penduduk kampung baru, ianya bagus, namun sekiranya pemgambilalihan tanah kampung baru ini, diproksi untuk bangsa lain, kami sangat tidak setuju.
Hampir kesemua tanah-tanah di Kuala Lumpur dimiliki sekarang oleh orang bukan Melayu sendiri.Nak salahkan kerajaan 100% juga, tidak boleh. Bangsa melayu sendiri yang sanggup menggadai dan menjual tanah mereka sendiri.Akhirnya, pegangan tanah di kawasan panas itu untuk melayu sudah hampir tiada lagi.
Usianya lebih lama dari Kampung Morten di Melaka. Namun usaha kerajaan Melaka mengindahkan Kampung Morten tersebut wajar dipuji dan dijadikan produk pelancongan. Jatidiri dan kebudayaan melayu dapat dikekalkan.Tidak salah sekiranya ianya diindahkan semula.
Lihat apa yang terjadi di beberapa tempat di bawah:
i) Kawasan penduduk Melayu di Jalan Ampang (lenyap dengan KLCC dan taman-tamannya)
ii) Kawasan penduduk Melayu di Cendana (lenyap dgn bangunan-bangunan )
iii) Kawasan penduduk Melayu di Jalan Raja Laut (lenyap juga dengan bangunan-bangunan)
iv) Kawasan persekitaran tepi-tepi Kampung Baru
v) Pasar Kampung Baru pun dah terbiasa orang panggil Pasar Chow Kit, sebenarnya itulah dia Pasar Kampung Baru… Chow Kit cuma di Jalan Chow Kit itu sahaja…
Kampung Baru perlu dimajukan mengikut acuan sendiri. Tidak semestinya dengan terbinanya bangunan-bangunan pencakar langit baru  boleh diiktiraf atau dikira sebagai satu kemajuan. Maju memang maju tapi kalau orang Melayu setakat boleh tengok saja nak buat apa? Pembangunan di luar kemampuan orang Melayu itu untuk siapa sebenarnya?
Kalau setakat nak bangunkan kampung Baru, tapi menghakis pegangan tanah orang melayu sendiri sebanyak 40% untuk orang bukan melayu, itu memamg kami tidak setuju. Bagi 100%! Apa yang hendak diberi lagi? Berapa banyak lagi nak bagi? Sudah-sudahlah.
Apa pandangan anda mengenai isu ini?

No comments:

Post a Comment